Saturday, March 2, 2013

Matrikulasi vs Asasi vs Diploma

okey...
assalamualaikum...
memandangkan ramai asyik tanye aku pasal ape tu asasi?? ape kelebihan matriks?? n bla..bla... bla.. 
nie aku nak share something ngan korang...
hopefully lepas baca nie korang faham yer~???



Matrikulasi dan program asasi adalah program khas yang dirangka untuk membolehkan pelajar cemerlang melangkau program diploma. Matrikulasi keutamaan adalah program satu tahun (PST) walaupun ada juga program dua tahun (PDT). Matrikulasi yang popular sekarang ialah matrikulasi KPM.

Namun begitu program asasi seperti program asasi sains atau program asasi undang-undang atau program asasi perakaunan juga memberi peluang lepasan SPM melangkau ke peringkat ijazah dalam tempoh singkat iaitu 1 tahun (2 semester) . 

Kedua-dua peluang pembelajaran ini, matrikulasi dan program asasi dikenali sebagai program laluan pantas (fast track). Bayangkan dalam usia 19 tahun pelajar dari kedua-dua program ini, jika cemerlang, layak memasuki program ijazah aliran sains (3 tahun kecuali perubatan 4-5 tahun) atau perundangan (3 tahun) atau perakaunan (4 tahun) dan selepas tamat belajar, bakal memasuki dunia pekerjaan di usia muda, 21-22 tahun.

Diploma pula terbuka kepada semua lepasan SPM dan semua aliran dan jenis persekolahan. Walau bagaimanapun, ia menawarkan tempoh pembelajaran yang panjang iaitu 3 tahun. Hanya selepas tamat atau graduate dari diploma, barulah pelajar lepasan diploma boleh mengikuti program ijazah dalam bidang yang mereka minati, sama ada aliran sains/teknikal atau aliran sastera. Ada banyak peluang belajar disediakan dalam kategori diploma oleh itu pelajar boleh merancang kerjaya mereka dari awal lagi. Sebagai contoh, pelajar diploma perakaunan selepas tamat pengajian boleh membuat keputusan sama ada terus sambung belajar atau terus bekerja

Sebaliknya pelajar matrikulasi dan program asasi tidak boleh berhenti belajar kerana dari segi pengiktirafan, sijil matrikulasi dan program asasi itu hanya sah kegunaannya untuk kemasukan ke IPT. Jika mereka memilih untk bekerja sementara waktu atau bagi tempoh yang lama, pelajar-pelajar lepasan matrikulasi dan program asasi sebenarnya hanya memiliki kelayakan SPM. 

Begitulah bezanya dari segi taraf dan peluang pekerjaan.

Tetapi perlu diingat di sini, pelajar-pelajar yang memohon matrikulasi dan program asasi sememangnya diandaikan akan terus belajar ke peringkat ijazah, dan kerana itulah pihak KPM dan IPTA yang menawarkan program-program laluan pantas ini hanya memilih pelajar cemerlang. Ini kerana dipercayai pelajar sedia cemerlang dalam SPM akan mampu menangani kehidupan dan proses pembelajaran yang ketat dan pelbagai bagi tempoh singkat 2 semester. Juga diyakini individu sebegini sebenarnya mempunyai kesungguhan dan cita-cita diri yang jelas. Tanpa faktor ini, maka ada segolongan kecil pelajar lepasan SPM yang menyesal mengikuti program matrikulasi maupun program asasi kerana didapati lebih ‘demanding’ dan agak sukar menerima perubahan yang mesti dilakukan pelajar. 

Program diploma pula, walaupun turut dipohon oleh pelajar cemerlang dan pelajar sederhana, proses pembelajarannya telah direncanakan dan dipanjangkan bagi tempoh 3 tahun. Maka pelajar-pelajar diploma ada sedikit ruang ‘bernafas’ dan peluang membetulkan keadaan jika mengalami kegagalan atau kejatuhan prestasi.



So, ada paham??? kalo still ade ragu2...
feel free to ask me kay???
i'll try to help with all my best~~ 
assalamualaikum...   (;

Friday, March 1, 2013

Vlogging

alang2 aku rajin nak bukak blog nie kan...
nak cerita pasal something lahh...

i'm a little bit interesting in watching people vlogging (stand for video+bloggin)
biasanya kat youtube nampak orang akan cakap depan kamera
n talk about their life...
video pertama sekali aku jumpe ialah video matlutfi


typical local film/drama scenes


haha...mamat nie mmg siakk sikit arr..
tp mmg the truth...

pastu suke2 godek lah youtube...
jumpe vlogging orang dari british
name die finn harries ngan twin dier jacks gap
mmg muke diorang comel sangat... jambu siakk~~~ ><
aku find out diorang dalam video nih...

How To Speak INTERNET

pastu mmg aku follow diorang kat twitter...
firstly,mmg aku kinda interested on the way they spoke,
i mean english britain... smart kot~~~
secondly, sometimes mmg vlogging nie kadang2 ajar kite something lahh...
thirdly, okok... aku admit... sbb diorang cute ler~~~ 

terasa gak nak wat vlogging...
tapi,bangang2 je lah kalo aku bwat sekarang...
maybe one day nanti lah~~` 
hahaha... gile~ =="
tapi mmg looking forwardlah nak wat vlogging nie...

dah la.. nak out... baru nak lunch...
kbye
assalamualaikum...